The Ifo Business Climate Index untuk dagangan Jerman dan industri mencatatkan kenaikakn kepada 107.9 mata pada bulan Mac berbanding 106.8 mata pada bulan lepas. Indeks ini mencapai paras tertinggi sejak Julai 2014. Syarikat-syarikat menyuarakan keyakinan yang lebih besar tentang pembangunan perniagaan masa hadapan. Ekonomi Jerman terus berkembang.
Peristiwa hari ini: GfK German consumer climate.
Gambaran Teknikal:
Pasangan mata wang ini telah membuat corak harga rendah yang lebih tinggi pada carta harian untuk hari ke-8. Walau bagaimanapun harga kini sedang menghadapi rintangan selari kukuh pada tahap 1.1042. Pasangan mata wang ini telah berjaya untuk menutup di atas 20Dsma pada sesi dagangan semalam. Hari ini, di awal sesi dagangan Asia, euro sedang didagangkan lebih rendah berbanding dolar AS. USD meningkat semula berbanding euro dan pasangan kini sedang didagangkan di bawah 1.1000. Aliran urusniaga harian kini telah beralih kepada aliran menurun berdasarkan kepada purata pergerakan setiap jam. Rintangan urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.0980 dan sokongan mungkin dijumpai pada tahap 1.0945. Kami mengesyorkan jualan baru di bawah tahap 1.0940 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 1.0900, 1.0880, 1.0770, 1.0750, dan 1.0690. Gambaran urusniaga harian masih mencadangkan pesanan membeli dengan sl ditetapkan pada tahap 1.0830. Ini adalah berdasarkan kepada gambaran teknikal yang semata-mata. Walau bagaimanapun, saya menjangkakan bahawa pasangan ini tidak mungkin akan menutup di atas 1.1045 dan aliran penurunan harga akan cuba untuk mendominasi semula pasaran. Adalah diharapkan bahawa aliran kenaikkan harga bakal berakhir. Penutupan harian di bawah 1.0770 menunjukkan bahawa aliran kenaikkan harga telah kehilangan momentum. Aliran kenaikkan harga harus cuba untuk menutup di atas 1.1045. Sementara itu, aliran penurunan harga pula perlu cuba untuk menutup di bawah 1.0768. Sekiranya harga menutup di atas tahap 1.1045, maka aliran menaik berkemungkinan akan mencabar pada tahap 1.1170 dan 1.1500. EUR didagangkan menaik terhadap GBP buat masa sekarang, waalu bagaimanapun ia didagangkan dalam aliran sebaliknya terhadap mata wang USD. Penutupan harian di atas tahap ini boleh menukar gambaran semasa. Kemudian, julat dagangan 250 pips akan memainkan peranan. Sokongan Mingguan dilihat terletak pada tahap 1.0768 dan 1.0700. Aliran menaik akan mempunyai kelebihan sehingga pasangan itu menutup di atas 1.0830.
Perdagangan: ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.0940, penjualan kuat akan muncul di bawah tahap 1.0880
Ambil pesanan membeli di atas tahap 1.1050

Tahap Teknikal Utama euro terhadap USD/JPY/CAD/GBP, dan AUD
EUR/USD- Carta mingguan memihak kepada pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 1.0830. Gambaran urusniaga harian memihak kepada aliran menurun.
EUR/JPY- Carta mingguan memihak kepada pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 130.00. Gambaran urusniaga harian memihak kepada aliran menurun.
EUR/CAD. Carta Mingguan memihak kepada pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 1.3630 dengan sasaran berkemungkinan berada pada tahap 1.3800
EUR/GBP. Carta mingguan memihak kepada pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap 0.7290 dengan sasaran berkemungkinan berada pada tahap 1.7430 (pesanan membeli di atas 0.7305 telah dinasihatkan pada hari Isnin)
EUR/AUD.ambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada 1.3820 sasaran 1.4150
Kami akan menganalisis semula sekiranya terdapat perubahan arah aliran mingguan. Euro telah didagangkan seperti mirror image terhadap USD & JPY.