Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-26T15:24:35

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Mac, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan berdagang dalam julat perdagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang negatif (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 96.92 berbanding 97.23 awal Rabu) selepas kejatuhan yang mengejut iaitu sebanyak 1.4% dalam laporan pesanan barangan tahan lama Amerika Syarikat pada bulan Februari (berbanding ramalan + 0.2%). Penurunan harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh jualan swissie yang memberangsangkan pada EUR/CHF, kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman Bank Negara Swiss untuk mengadakan campur tangan dalam penjualan CHF.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana purata pergerakkan 5 hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15 hari dan semakin menurun. MACD dan stokastik kini berada dalam aliran menurun, bagaimanapun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, sementara corak 'inside-day-range' telah selesai pada hari Rabu.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9480. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9440. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9635. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9720 dan sasaran kedua pada tahap 0.9760.

Tahap Rintangan:
0.9720
0.9760
0.9820

Tahap Sokongan:
0.9480
0.9440
0.94

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...