Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Mac, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-03-30T14:56:44

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Mac, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 30 Mac, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan didagangkan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh harga komoditi yang menurun (indeks spot CRB ditutup 1.97% pada 215.16 hari Jumaat), jualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan EUR/NZD, GBP/NZD memberangsangkan. Kerugian NZD/USD sedang diganggu oleh sentimen dolar yang melemah, penghindaran risiko pelabur yang berkurangan, dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapun stokastik dalam aliran menurun pada tahap terlebih beli.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7455. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7370. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7600. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7675 dan sasaran kedua pada tahap 0.7750.

Tahap Rintangan:
0.7675
0.7750
0.78
Tahap Sokongan:
0.7455
0.7370
0.7340

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...