Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 02 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-02T13:05:09

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 02 April, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 02 April, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Sentimen Swissie dirangsang oleh laporan PMI Switzerland bagi bulan Mac yang lebih kukuh berbanding ramalan 47.9 (berbanding ramalan 47.2). Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga dipengaruhi oleh Spot ICE indeks dolar yang lebih negatif terdahulu 98.12 berbanding 98.40 awal Rabu) pada bacaan yang lebih sedikit daripada jangkaan pada peningkatan 189,000 di dalam sektor pekerjaan ADP AS pada bulan Mac(berbanding ramalan +225,000), penurunan yang lebih teruk daripada yang dijangkakan dalam PMI pembuatan ISM kepada 51.5 pada bulan Mac daripada 52.9 pada bulan Februari (berbanding ramalan 52.5). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh kadar faedah negatif Switzerland dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun stokastik kini dalam mod kenaikkan harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9525. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9490. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9635. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9705 dan sasaran kedua pada tahap 0.9765.

Tahap Rintangan:
0.9705
0.9765
0.9810

Tahap Sokongan:
0.9525
0.9490
0.9435

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...