Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-06T06:30:36

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2015

Harga emas memulakan dagangan dengan jurang pada awal Isnin berikutan laporan ekonomi gaji bukan perladangan AS yang mengecewakan yang telah dikeluarkan pada hari Jumaat. Sepertimana yang telah dinyatakan pada hari Jumaat, masih tiada isyarat menjual sebagaimana harga kekal berdagang di atas Ichimoku Cloud. Tetapi walaupun dengan jurang menaik, harga gagal untuk menembusi di atas tahap tinggi semasa dan rintangan kritikal pada harga $ 1,222. Minggu ini akan menjadi minggu yang penting sepertimana kami melihat langkah ke belakang ke arah $ 1,250-60 atau $ 1,180.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2015

Garisan biru = rintangan

Garisan emas = sokongan

Harga emas kini sedang didagangkan di atas Ichimoku Cloud. Ia sedang diniagakan hanya di bawah tahap tinggi baru $ 1,222. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap sokongan yang terletak pada $ 1,180, maka kita perlu menjangkakan bahawa harga akan menguji pada tahap $ 1,130. Jika harga emas menutup di atas tahap $ 1,222 pada carta harian, maka kita boleh mengharapkan pergerakkan sekurang-kurangnya ke arah $ 1,250.

Analisis Teknikal Emas untuk 06 April, 2015

Berdasarkan kepada carta mingguan, harga emas kini telah bergerak di atas indikator Tenkan-sen merah, bagaimanapun harga masih berada di bawah Kijun sen kuning. Jika ia menutup di atas Kijun-sen pada minggu ini, maka kita perlu menjangkakan harga emas akan bergerak ke arah cloud sekurang-kurangnya disekitar harga $ 1,250. Penolakan harga pada tahap semasa ini berkemungkinan akan menjadi isyarat penurunan harga dan saya meramalkan bahawa kita akan melihat harga Emas bergerak ke arah $ 1,000 dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang jika harga gagal untuk menembusi tahap sokongan $ 1.180.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...