Indeks dolar menembusi sokongan yang terletak pada tahap 96.20 dan melantun dengan kukuh. Selepas indeks tergelincir pada Jumaat lalu, para penganalisis meramalkan bahawa harga akan berdagang dalam aliran menurun. Walau bagaimanapun, seperti yang saya nyatakan di dalam analisis saya sebelum ini, sokongan dan tahap rendah pada 96.20 adalah sangat penting dan selagi harga mengukuh di atas tahap ini, maka aliran kenaikkan harga akan mempunyai kelebihan.

Garisan merah = sokongan
Garisan hijau = rintangan
Indeks Dolar telah menembusi garisan sokongan merah tetapi harga masih berdagang di bawah Ichimoku Cloud. Ini bermakna bahawa aliran dagangan jangka pendek adalah menurun. Harga ini akan kekal berada di dalam aliran menurun selagi harga berdagang di bawah garisan rintangan aliran hijau.

Indeks Dollar kini berada di dalam saluran condong menaik. Ia semakin pulih selepas menjunam jatuh dan cuba untuk bergerak di atas penunjuk tenka-sen (garisan merah). Selagi indeks Dolar mengukuh dalam saluran kenaikkan harga ini, maka aliran dagangan jangka panjang akan kekal menaik. Sasaran seterusnya dilihat terletak pada tahap 101-102 selagi indeks dolar mengukuh di atas tahap 96.