Semasa sesi dagangan Isnin, pasangan mata wang ini telah membuat pengunduran harga di sekitar tahap rintangan 1.4948. Kini, harga diramalkan akan jatuh ke zon sokongan di sekitar tahap 1.4820. Struktur penurunan harga masih sah pada carta harian, 200 SMA masih menghala ke arah bawah, dan indikator MACD kelihatan sedang mula menunjukkan beberapa perbezaan memihak kepada aliran harga keseluruhan.

Gambaran urusniaga harian menunjukkan kepada kita satu aliran menaik yang tidak mempunyai jangka masa yang cukup untuk melonjak di atas 200 SMA pada carta 1H. Pasangan mata wang GBP/USD kini kelihatan sedang cuba untuk pulih daripada kerugian selepas membuat penarikan semula harga pada tahap rintangan 1.4698. Harga telah membuat penarikan semyla harga pada tahap sokongan dinamik yang ditawarkan oleh purata pergerakkan.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.4948 / 1.5086
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.4820 / 1.4649
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.4921 / 1.4968
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.4842 / 1.4774
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.4842, take profit di tahap 1.4774, dan stop loss pada tahap 1.4912.