Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 07 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-07T03:36:19

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 07 April, 2015

PMI Perkhidmatan menunjukkan peningkatan paling ketara dalam pengeluaran sektor perkhidmatan AS sejak Ogos 2014.

Sektor perkhidmatan AS terus pulih selepas mencatatkan penurunan pada awal tahun ini. Aktiviti perniagaan, perkerjaan baru, dan tahap pekerjaan meningkat pada kadar yang lebih cepat pada bulan Mac. Indeks Aktiviti Perkhidmatan Perniagaan Markit AS terdahulu mencecah 59.2 Mac berbanding 57.1 pada bulan Februari; indeks diselaraskan mengikut musim kekal melebihi 50.0 ambang neutral. Bacaan indeks terkini juga lebih kukuh berbanding ramalan (55.8) dan memberikan isyarat lanjutan terpantas di dalam output sektor perkhidmatan sejak Ogos 2014.

Dudley berkata: "Jika ini peningkatan pasaran buruh terus mencatatkan kenaikkan dan FOMC berasa yakin bahawa inflasi akan kembali ke sasaran 2 peratus untuk jangka masa sederhana, maka ia akan sesuai untuk mula menormalkan kadar faedah."

Peristiwa ekonomi yang akan datang:

Hari ini, perhatian para pedagang tertumpu kepada laporan penawaran pekerjaan JOLTS, acara utama minit mesyurarat FOMC pula dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Rabu.

Gambaran Teknikal:

Kini, pasangan mata wang yang berkaitan dengan USD tidak memihak kepada kenaikkan harga yang mendadak. Pasangan mata wang USD/CHF mendahului dan diikuti oleh pasangan USD/JPY dan USD/CAD dalam senarai aliran menurun pada pasangan yang berkaitan dengan USD. USD/CAD telah ditolak pada tahap rintangan selari, menguji 0.9434 200Dsma. Aliran urusniaga harian dan mingguan memihak kepada penurunan harga. Sehingga harga menutup di bawah 0.9751, kita boleh menjangkakan tahap 0.9370, 0.9120 dalam dagangan jangka masa sederhana. Sekiranya harga menutup di bawah tahap 0.9434, maka aliran penuruann harga akan membawa harga sehingga mencecah ke tahap 0.9120.

USD/JPY

Hari ini dan esok akan menjadi hari penting bagi JPY. Kenyataan dasar kewangan dan sidang akhbar BoJ dijangkakan akan diumumkan tidak lama lagi. Menjelang peristiwa-peristiwa ekonomi utama, JPY didagangkan lebih rendah berbanding USD. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah memberhenti seketika penurunan harga untuk 3-hari berturut-turut. Pasangan mata wang ini telah berjaya menutup di atas 100Dsma dan 50Dsma pada sesi dagangan semalam selepas data PMI. Nasib aliran kenaikkan harga terletak pada tahap 117.70. Sehingga pasangan ini menutup di atas 117.70, kita boleh menjangkakan aliran menaik pada dagangan jangka masa terdekat. Jika harga kekal bergerak pada purata mendatar, pasangan ini berpotensi untuk bergerak sehingga mencecah ke tahap 116.75. Sokongan kuat terletak pada 115.50, gambaran aliran menaik akan terjejas sekiranya harga menutup di bawah 115.50. Saya tidak fikir kerosakan ini akan berlaku dalam tempoh yang terdekat ini. Jika ini berlaku, kita boleh membuat kesimpulan bahawa pasangan ini telah dihadkan. Rintangan yang kukuh dilihat terletak pada 120.36. Kita boleh menjangkakan kenaikan harga yang mendadak di atas 120.40. Kami mengesyorkan kepada para pedagang pesanan membeli urusniaga harian di atas 119.90 dengan sasaran berada pada tahap 120.30, momentum yang kuat di atas 120.36. Kurang memuaskan, sokongan didapati terletak pada tahap 119.10. Kami mengesyorkan pesanan menjual di bawah 118.90 dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 118.70, 118.40, dan 118.00.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 07 April, 2015

USD/CAD

Pasangan itu berpindah daripada tahap 1.2410 ke tahap 1.2784 dan jatuh kembali ke zon sokongan sekali lagi. Pasangan mata wang ini dilihat telah jatuh selama 4 hari berturut-turut. Bacaan PMI Kanada dicatatkan di bawah tahap 50.00 pada bulan Mac. Data telah direkodkan di bawah jangkaan ekonomi. Pada sesi dagangan semalam, laporan Business Outlook Survey telah dikeluarkan. Harga minyak yang lebih rendah terus melemahkan prospek kecenderungan jualan keseluruhan ke atas pelaburan dan tujuan pengambilan. Walau bagaimanapun, majoriti perniagaan mendapat manfaat daripada tinjauan ekonomi yang kukuh bagi Amerika Syarikat dan meningkatkan daya saing pada dolar Kanada yang lebih melemah. Sokongan teknikal yang kuat terletak pada 1.2350. Jika harga menutup di bawah tahap 1.2350, maka ia akan menjadi satu masalah untuk kenaikan harga. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.2450. Manakala rintangan yang kukuh pula dilihat berada pada tahap 1.2575. Sehingga harga menutup di bawah 1.2575, aliran penurunan harga mempunyai kelebihan. Tiada belian agresif tersedia untuk sesi dagangan hari ini. Para pedagang boleh menunggu dengan sabar untuk mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah dengan sl ditetapkan pada tahap 1.2350.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan USD Terhadap CAD & YEN untuk 07 April, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...