

Huraian :
Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah kita ramalkan, harga telah menguji tahap $ 1,197.32 pada jumlah yang tinggi. Menurut kepada carta harian, kami mendapati bahawa jumlah bekalan berada di atas purata. Sokongan kami yang terletak pada tahap $ 1,207.00 telah berjaya ditembusi, oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila membeli emas. Penarikan semula Fibonacci utama 38.2% (sokongan) adalah disekitar tahap $ 1,194.00. Penarikan semula Fibonacci 61.8% (sokongan) terletak di sekitar tahap $ 1,174.00. Aliran jangka pendek adalah menurun.
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan :
R1: 1,214.54
R2: 1,216.52
R3: 1,219.47
Tahap Sokongan :
S1: 1,208.12
S2: 1,206.15
S3: 1,202.93
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil pesanan membeli emas pada tahap ini sebagaimana harga telah menembusi sokongan. Ambil pesanan menjual selepas penarikan semula harga.