EUR/USD
Pengeluaran perindustrian Jerman - pengeluaran perindustrian mencatatkan kenaikkan 0.2% daripada harga bulan sebelumnya, musim, dan hari bekerja diselaraskan mengikut data sementara, Pejabat Perangkaan Persekutuan.
Gambaran teknikal:
Pasangan ini telah melanjutkan aliran penurunan harga untuk tempoh empat hari berturut-turut. Pasangan ini telah meningkat lebih rendah, menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.0700 dan menutup di bawah tahap tersebut. Pasangan mata wang ini telah meningkat lebih rendah selepas menguji tahap 1.1036. Jangka masa kelihatan negatif untuk pasangan ini, dengan corak 'double top' mungkin kini sedang terbentuk pada carta 4H, dengan tahap tinggi terletak di sekitar 1.1055. Sokongan bagi pasangan mata wang ini pada tahap 1.0700, yang mana telah ditembusi. Kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.0800 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0750 dan 1.0700. Pasangan ini juga telah menembusi tahap rendah pada harga 1.0638. Kenaikkan harga semasa yang pendek telah dipadamkan. Kita boleh membuat kesimpulan bahawa dalam dagangan bagi tempoh terdekat telah dihadkan. Rintangan urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.0715 dan 1.0740. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.0615 dibundarkan kepada 1.0600. Kesemua carta selang masa memihak kepada aliran penurunan harga. Kami mengesyorkan jualan urusniaga harian baru di bawah tahap 1.0600 dengan sasaran terletak pada tahap 1.0580, 1.0550, 1.0515, dan 1.0480. Hari ini pada sesi dagangan Asia, euro diniagakan lebih tinggi berbanding USD. Sekiranya pasangan ini melonjak ke arah 1.0690, gunakan setiap kenaikan ini untuk menjual di antara tahap 1.0690 dan 1.0715 dengan sl ditetapkan pada tahap 1.0735. Untuk gambaran kedudukan, kami menjangkakan tahap 1.0490 dan 1.0400 untuk aliran menurun. Lupakan tentang pesanan membeli sehingga harga menutup di bawah 1.0860. Gunakan setiap kenaikkan untuk mengambil pesanan menjual untuk urusniaga harian dan kedudukan.
Perdagangan: Lupakan tentang pesanan membeli. Ambil pesanan menjual, tiada lain.

EUR/AUD
Pasangan mata wang ini telah berdagang dalam aliran menurun selama tiga hari berturut-turut. Pasangan ini meningkat lebih rendah selepas menguji tahap 1.4450. Jangka masa kelihatan negatif untuk pasangan ini dengan corak 'double top' mungkin terbentuk pada carta harian dan mendahului pada tahap 1.4450. Pasangan ini telah kerugian lebih daripada 4% dalam tempoh 3 hari. Hari ini pada sesi dagangan Asia, pasangan mata wang ini sekali lagi mengalami penurunan di bawah tahap 1.4130 pada hari Rabu sekali lagi menjual diberikan pada hari Khamis pada tahap 1.4000 dengan sasaran diletakkan pada tahap 1.3970, 1.3945, 1.3880, 1.3850, dan 1.3825. Sehingga kini, pasangan ini telah menembusi pada tahap rendah 1.3832. Kami berulang kali menasihatkan untung rugi yang memihak kepada pesanan jualan. Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan selari pada tahap 1.3735, 1.3675 dan 1.3660. Sekiranya harga menutup di bawah 1.3660, maka harga berpotensi untuk melanjutkan kejatuhan ke arah tahap 1.3370 dan 1.3200. Harga diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah untuk dagangan jangka masa sederhana. Pasangan itu telah hanyut selama 4 bulan berturut-turut. Tahap utama dilihat terletak pada tahap 1.3675 50Msma. Tahap ini menolak harga ke tahap yang lebih tinggi sebanyak dua kali. Untuk sesi urusniaga harian, kami mencadangkan kepda para pedagang agar mengambil satu lagi pesanan menjual baru di bawah tahap 1.3825 dengan sasaran maisng-masing diletakkan pada tahap 1.3800, 1.3745, dan 1.3735.
