EUR/USD
Pengeluaran perindustrian pelarasan bermusim meningkat sebanyak 1.1% di kawasan euro dan 0.9% di Kesatuan Eropah pada bulan Februari 2015 berbanding dengan bulan Januari 2015, menurut Eurostat, pejabat statistik Kesatuan Eropah. Pada bulan Januari 2015, pengeluaran perindustrian merosot sebanyak 0.3% untuk kedua-dua zon. Pada bulan Februari 2015, pengeluaran industri meningkat sebanyak 1.6% di kawasan euro dan 1.4% di Kesatuan Eropah berbanding dengan bulan Februari 2014. Seperti yang dilaporkan oleh Pejabat Statistik Persekutuan, harga jualan dalam perdagangan borong menurun sebanyak 1.1% Mac 2015 berbanding dengan bacaan sepadan bulan daripada tahun sebelumnya. Kadar perubahan tahunan bagi bulan Januari 2015 dan pada Februari 2015 dicatatkan sebanyak -2.6% dan -2.1%, masing-masing. Indeks itu meningkat sebanyak 1.0% dari Februari 2015 hingga Mac 2015.
Pada hari ini, perhatian para pedagang diramalkan akan tertumpu kepada sidang akhbar ECB. Ini adalah peristiwa ekonomi terbesar untuk minggu ini. Ahli ekonomi kini sedang menanti dua perkara di sidang akhbar pada hari ini. Saya akan memberikan tumpuan kepada Greece. Pada April 09, ECB telah meningkatkan bantuan kewangan kepada Bank Greece di bawah program pinjaman kecemasan. Syiling dicatatkan 73.2 bilion euro berbanding bacaan sebelumnya iaitu 72.00 bilion euro. Bacaan data ekonomi yang telah dikeluarkan pada baru-baru ini memihak kepada kecenderungan positif. Pelonggaran kuantitatif akhir adalah perkara utama untuk diberikan tumpuan. Seperti yang diketahui, ECB mempunyai rancangan untuk membeli sejumlah 60 bilion euro sebulan sehingga September 2016.
Semasa sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah memberhentikan sementara pada kejatuhan hari ke-6 hari dan mendapat 100 pips. Data AS yang melemah telah menyokong pasangan. Pasangan ini memihak kepada aliran penurunan harga untuk kesemua carta. Sokongan setiap jam didapati terletak pada tahap 1.0600. Rintangan urusniaga harian pula kelihatan terletak pada tahap 1.0680 dan 1.0715. Oleh yang demikian, gunakan setiap kenaikkan harga untuk mengambil pesanan menjual dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0485 dan 1.0375 sehingga pasangan mata wang ini menutup di bawah 1.0715 untuk dagangan jangka pendek. Kemudian, pasangan ini jatuh di bawah 1.0000 dan 0.9000. Untuk sesi urusniaga harian, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.0600 dengan sasaran masing-masign ditetapkan pada tahap 1.0550, 1.0520, dan 1.0485. Euro telah ditekan dengan hasil negatif dan QE ECB.
_source!.png)