
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 98.78 berbanding 99.50 awal Selasa) selepas peningkatan sebanyak 0.9% yang lebih lemah daripada jangkaan dalam laporan jualan runcit AS bulanan pada bulan Mac (berbanding ramalan + 1.1%) dan penurunan yang mengejutkan dalam indeks optimis perniagaan kecil NFIB AS kepada 95.2 pada bulan Mac daripada 98.0 pada bulan Februari (berbanding ramalan 98.1), permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan pada NZD/JPY memberangsangkan di tengah-tengah penghindaran risiko dikurangkan, dan permintaan bagi mata wang dolar NZ semasa pasnagan AUD/NZD melemah dan kepentingan pengkamiran pasangan NZD-USD.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, bagaimanapun purata pergerakkan 5 hari kini adalah mendatar.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7560 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7605. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7440. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7420. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7470.
Tahap Rintangan:
0.7560
0.7605
0.7645
Tahap Sokongan:
0.7440
0.7420
0.7390