EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini kelihatan sedang membuat percubaan menaik, meletakkan kesinambungan penurunan harga dalam bahaya. Pergerakan menaik harga di atas garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.0750 akan memusnahkan prospek penurunan harga yang wujud dan permulaan aliran menaik baru. Walau bagaimanapun sebelum ia berlaku, perdagangan membeli adalah betul-betul tidak masuk akal untuk pasaran mata wang ini.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini kelihatan telah bergerak ke tahap lebih rendah sejak semalam, pergi di bawah tahap rintangan 0.9700. Tahap sokongan yang terletak pada 0.9650 kini sedang diuji dan terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menembusi tahap harga yang lebih rendah. Selain itu, beberapa data ekonomi yang berpotensi untuk mempengaruhi mata wang USD diramalkan akan dikeluarkan pada hari ini dan ia boleh memberi kesan kepada pasaran ini.

GBP/USD: Sehingga minggu ini, mata wang telah berdagang dalam aliran menaik dengan sekurang-kurangnya 240 pips. Bukankah itu penting? Ya, ia adalah cukup besar untuk mengancam kecenderungan penurunan harga baru-baru ini. Kecenderungan penurunan harga pada baru-baru ini akan menjadi tidak sah sepenuhnya apabila harga berjaya menembusi wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.4900 untuk aliran menaik. Walaupun, sasaran akhir untuk kenaikan harga mungkin terletak pada wilayah pengedaran 1.5000.

USD/JPY: Kelemahan pada dagangan instrumen mata wang ini adalah amat jelas. Harga kini sedang didagangkan di bawah 56 EMA dan tempoh RSI 14 berada di bawah tahap 50. Terdapat Corak Pengesahan Penurunan harga yang jelas di dalam pasaran buat masa sekarang, yang mana ia akan menjadi kukuh terutamanya apabila tahap permintaan 119.00 ditembusi untuk aliran menurun.

EUR/JPY: Terdapat satu pertempuran yang serius di antara aliran menaik dan aliran menurun, walau bagaimanapun, ia tidak boleh dikatakan bahawa aliran kenaikkan harga akan mendominasi pasaran, kecuali tahap bekalan yang terletak pada 129.00 ini ditembusi untuk aliran menik. Ini bukanlah sesuatu yang akan berlaku dalam tempoh yang terdekat.
