
Pasaran ditolak rendah secara aggresif selepas menembusi bawha tahap permintaan utama sekitar 1.2100 dan 1.2000 dimana dasar bersejarah sebelumnya diwujudkan semula pada Julai 2012 dan Jun 2010.
Pasangan EUR/USD telah kerugian hampir 1600 pip sejak permulaan 2015.Tambahan pula,penurunan EUR/USD telah pun menolak pasangan seidkit dibawah tahap permintaan bulanan pada 1.0550 (diwujudkan pada Januari 1997).
Penutupan bulanan semasa kekal negatif bagi pasangan EUR/USD dalam jangka masa panjang.
Penembusan penurunan pada tahap permintaan bulanan pada 1.0550 perlu dijangkakan sebagai sasaran teori jangka masa panjang ke arah 0.9450.

Penembusan penurunan jelas pada tahap permintaan mingguan pada 1.1100 meningkatkan arah penurunan pada pasaran mendedah sasaran rendah.
Sasaran unjuran penuh bagi corak Flag berjaya dicecah pada 1.0800 dan 1.0500.
Selepas himpunan penurunan yang panjang (bermula pada 1.1300) penolakkan kenaikkan ditunjukkan pada 1.0570 (tahap permintaan bulanan).
Tidak lama selepas itu,pasangan EUR/USD gagal untuk menolak pasangan atas garisan aliran kenaikkan.Maka,corak pembalikkan double top dilakukan sekitar 1.1030.
Graf harian bertahan bawah tahap 1.0750 (neck-line) mengesahkan corak pembalikkan,maka melanjutkan sasaran unjuran pada pasangan EUR/USD ke arah tahap 1.0330.
Pada Jumaat,penarikkan balik kenaikkan ke arah 1.0750-1.0770 (neckline pada corak double top) berlaku.Maka,posisi jual yang sah disediakan sekitar zon ini.Stop loss perlu ditetapkan sebagai penutupan HARIAN atas 1.0850.