
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kemerosotan mata wang dolar Australia, mata wang dolar yang secara umumnya lebih mengukuh, dan kejatuhan harga tenusu. Walau bagaimanapun, kerugian pasangan NZD/USD kini sedang diganggu oleh permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah, sentimen risiko yang positif, dan kepentingan pengkamiran pasangan NZD-USD.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah mod menaik; purata pergerakkan lima hari kini berada di atas purata pergerakkan 15-hari dan semakin meningkat. Stokastik kini sedang beralih kepada aliran penurunan harga pada tahap terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7740 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7790. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7620. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7575. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7655.
Tahap Rintangan:
0.7740
0.7790
0.7845
Tahap Sokongan:
0.7620
0.7575
0.7545