Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal #USDX untuk 23 April, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-04-23T05:24:56

Analisis Teknikal #USDX untuk 23 April, 2015

Indeks Dollar telah membuat penarikan semula harga pada hari semalam, bagaimanapun ia telah menembusi di atas sokongan jangka pendek dan tahap rendah baru-baru ini pada tahap 97. Aliran menaik Dollar cuba untuk menolak indeks ke tahap yang lebih tinggi sekali lagi namun terdapat rintangan yang kuat pada tahap dagangan semasa. Sekiranya indeks dolar ini berjaya menolak di atas tahap 99.80, maka kita akan menerima pengesahan pada aliran menaik baru ke arah tahap 102-103.

Analisis Teknikal #USDX untuk 23 April, 2015

Indeks Dollar menguji Ichimoku cloud di dalam carta 4 jam sepertimana yang ditunjukkan di atas. Sokongan Tenkan-sen terletak pada tahap 97.86 dan sokongan yang seterusnya dilihat terletak pada tahap 97.70. Melainkan jika indeks Dolar menembusi di atas tahap sokongan cloud 97 dan tahap rendah sebelum ini akan diuji. Aliran kenaikkan harga memerlukan lebih banyak tanda-tanda kekuatan. Secara keseluruhanya, indeks dolar kelihatan berkemungkinan besar akan berada dalam corak pembetulan mendatar selepas satu kenaikkan harga yang besar sebelum meneruskan pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi. Oleh yang demikian, lebih banyak pengukuhan harga diramalkan berkemungkinan besar akan berlaku.

Analisis Teknikal #USDX untuk 23 April, 2015

Carta mingguan kekal menaik sepenuhnya. Harga masih didagangkan di dalam saluran condong menaik oren dan grafbar lilin mingguan di atas garisan sokongan merah petunjuk Tenkan-sen. Indeks dolar telah berdagang dalam corak pengukuhan harga mendatar yang berpotensi untuk bertahan sekurang-kurangnya satu minggu lagi sebelum kita melihat aliran harga baru bermula. Sokongan kritikal terletak pada 96 untuk aliran menaik jangka panjang sementara kami mendapati bahawa rintangan terletak pada tahap 100 dimana aliran kenaikkan harga perlu menembusi ke arah 102-103.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...