
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Sentimen Sterling dirangsang selepas laporan untuk minit mesyuarat MPC Bank England yang less-dovish di UK dikeluarkan. Pasangan mata wang ini juga disokong oleh sentimen risiko yang positif, peningkatan pasangan USD/JPY, serta permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan EUR/JPY telah terjejas ekoran jualan eksport Jepun.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 180.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 181.20. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 178.45. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 178.05. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 178.90.
Tahap Rintangan:
180.70
181.20
181.65
Tahap Sokongan:
178.45
178.05
177.55