Semasa sesi dagangan Asia, Gabenor RBA, Stevens memaklumkan bahawa "Menjelang mesyuarat Lembaga Bank Rizab minggu hadapan ; Saya tidak mempunyai komen untuk dikeluarkan pada hari ini mengenai dasar monetari. Masalah ini pasti sedang meruncing di Eropah, di mana hasil kerajaan di sesetengah negara adalah negatif untuk jangka masa yang ketara. Tetapi ia juga adalah satu isu yang berpotensi bukan remeh di negara kita sendiri. Dalam satu persidangan mengenai kekayaan, ia mungkin akan menjadi topik yang paling hangat untuk dibincangkan. "Lembaga Persidangan Indeks Pelopor Ekonomi untuk Australia meningkat 0.5 berbanding 0.4% pada bulan sebelumnya.
Selepas ucapan Gabenor, AUD melonjak naik terhadap EUR, GBP, dan USD sewaktu sesi dagangan Asia. Pasangan mata wang ini telah mengukuh pada tahap yang lebih rendah untuk tempoh 8 hari berturut-turut. Pada 8 April 2015, kami mengesyorkan pesanan jualan ke tahap 1.3820. Pasangan mata wang ini telah membuat tahap rendah pada 1.3711. Harapan terakhir aliran menaik adalah pada 1.3675 50Msma dan 1.3660 200Wsma. Sekiranya harga menutup di bawah tahap 1.3660, maka aliran penurunan harga berpotensi untuk menguji tahap 1.3325 dalam tempoh terdekat.
Pandangan urusniaga harian: Pasangan mata wang ini diniagakan pada tahap 1.3835, membuat tahap rendah 1.3820. Zon sokongan dilihat terletak di sekitar tahap 1.3820, 1.3800 dan 1.3780. Di bawah tahap sokongan ini, aliran penurunan harga berkemungkinan akan mencabar tahap 1.3715, 1.3700 dan 1.3675/1.3660. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah 1.3820 dengan sasaran kecil masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3800 dan 1.3780 dan jualan agresif di bawah 1.3780 dengan sasaran ditetapkan pada 1.3750, 1.3715 dan 1.3675. Rintangan urusniaga harian didapati berada pada tahap 1.3850 61.8 FE dan 1.3865. Gunakan setiap kenaikan untuk megambil pesanan menjual. Sekiranya harga berjaya menembusi zon sokongan, maka gunakan setiap kenaikkan untuk mengambil pesanan menjual berhampiran pada tahap 1.3865 dengan sl kecil 1.3890.
Perdagangan: Ambil pesanan menjual di bawah tahap 1.3820
