
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 96.85 berbanding 96.94 awal Isnin) berikutan bacaan laporan PMI perkhidmatan flash Markit AS yang lebih lemah 57.8 berbanding ramalan (ramalan 59.5) pada bulan April, sementara jangkaan terus kekal bahawa Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah dalam satu kenyataan berikutan beberapa laporan yang mengecewakan dalam laporan ekonomi pekerjaan baru, jualan runcit, dan aktiviti pembuatan. Walau bagaimanapun, pasangan USD/CHF kini sedang dihadkan oleh penjualan franc (permintaan EUR/CHF silang dan kadar faedah Swiss yang negatif) dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik berada di dalam mod menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9480. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9440. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9620. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9670 dan sasaran kedua pada tahap 0.9720.
Tahap Rintangan:
0.9670
0.9720
0.9760
Tahap Sokongan:
0.9480
0.9440
0.94