Indeks Dollar telah membuat tahap rendah relatif baru ke tahap rendah bulan Mac dan juga telah menembusi sokongan "neckline" H&S memberikan isyarat menjual yang kuat. Menjelang FOMC, kami menasihatkan kepada semua pedagang agar lebih berhati-hati. Dolar AS kelihatan masih melemah dan kita dapat melihat pembetulan harga yang lebih mendalam ke arah tahap 93 berdasarkan kepada corak H&S.

Indeks Dollar kekal dalam aliran melemah dalam dagangan jangka pendek dan berkemungkinan akan memasuki aliran menurun jangka sederhana. Garisan "neckline" H&S telah ditembusi. Harga kini sedang didagangkan di bawah kijun- dan Tenkan-sen dan Cloud. Indeks dolar kini sedang membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah. Rintangan penting terletak pada tahap 97 dan 97.80. Sasaran untuk corak H&S adalah pada tahap 93.

Carta mingguan adalah menurun apabila harga telah menembusi di bawah Tenkan-sen dan harga menuju ke arah garisan kuning Kijun sen pada tahap 93. Aliran harga adalah menurun dan ini adalah tahap pembetulan harga yang lebih besar baru sahaja bermula. Pembatalan senario menurun ini hanya akan berlaku sekiranya harga menembusi di atas tahap 98.70. Oleh itu, aliran menaik perlu diperhatikan dengan teliti sebagaimana perkara yang tidak baik kelihatan bakal berlaku pada mata wang dolar. Adakah Fed akan campur tangan untuk menyokongnya? Kita akan mengetahuinya pada malam ini.