

Huraian:
Pada baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menaik. Seperti yang telah dijangka, harga dilihat telah menguji tahap 1.4343 pada jumlah yang tinggi. Aliran jangka pendek adalah menaik. Para pedagag dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan menjual pada tahap ini dan perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas pembetulan aliran menurun. Menurut kepada carta 4H, kami mendapati bahawa Penarikan semula Fibonacci 38.2% kami yang terletak pada tahap 1.4200 telah ditembusi dengan jayanya. Ia telah mendorong harga untuk memulakan pergerakkan menaik. Tahap rintangan dilihat masing-masing terletak pada tahap 1.4385, 1.4490 dan 1.4525. Berdasarkan kepada carta harian, kita dapat melihat bekalan yang melemah sebelum ini, yang mana ini adalah merupakan petanda bahawa pesanan jualan kelihatan berisiko.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.4265
R2: 1.4290
R3: 1.4325
Tahap Sokongan:
S1: 1.4190
S2: 1.4165
S3: 1.4130
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati apabila mengambil pesanan menjual EUR/NZD dan perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas penarikan semula harga.