Harga emas melantun dari tahap rendah baru-baru ini pada harga $ 1,170. Harga emas telah menyiapkan 5 gelombang menurun daripada tahap harga $ 1,215 ke tahap $ 1,170 dan ia kini dilihat sedang membuat lantunan pembetulan menaik yang berkemungkinan besar tidak akan menembusi di atas penarikan semula harga 61.8%.

Harga emas dilihat telah menembusi tahap penarikan semula 50% dan tahap rintangan Ichimoku Cloud. Pergerakkan harga ke arah penarikan semula harga 61.8% dan penembusan tahap rintangan cloud yang seterusnya masih lagi belum berlaku. Walau bagaimanapun, sekiranya harga menembusi di bawah $ 1,182, maka kita tidak seharusnya mengharapkan lantunan harga yang lebih besar.

Carta mingguan kekal menurun. Penurunan harga daripada taahp $ 1,307 adalah impulsif manakala lantunan menaik daripada $ 1,130 adalah pembetulan harga. Terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa penurunan harga daripada tahap $ 1224 hanyalah merupakan gelombang B dimana kita boleh melihat tahap tinggi jangka pendek baru pada gelombang C ke arah tahao $ 1,250. Rintangan Cloud dan Kijun sen menyediakan tahap rintangan yang kuat, oleh yang demikian aliran menaik perlu lebih berhati-hati.