Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 06 Mei, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-05-06T03:06:41

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 06 Mei, 2015

Emas melanjutkan kenaikkan selama 2 hari berturut-turut. Hari ini sewaktu sesi dagangan Asia, logam ini telah berjaya mengukuh dengan keuntungan. Kami telah mensyorkan kepada anda untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap $ 1,185.00 seperti yang telah dinyatak di dalam artikel semalam dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $ 1,190.00, $ 1,192.00, dan $ 1,195.00. Untuk kes kedua, harga berpotensi untuk menguji semula tahap $ 1,197.00 dan $ 1,200.00. Logam ini kelihatan telah menyentuh $ 1,199.40 pada sesi dagangan semalam dan menembusi kesemua sasaran saya. Sekirany kita perhatikan pada gambaran lengkap carta harian, puncak harga yang lebih rendah dan pembetukan dasar harga yang lebih rendah masih aktif. Sokongan paling hampir didapati terletak diantara tahap $ 1,178.00 dan $ 1,175.00. Di bawah tahap ini, $ 1,165.00 adalah merupakan tahap utama untuk minggu ini. Sekiranya harga menutup di bawah $ 1,165.00, maka kita boleh menjangkakan tahap $ 1,135.00 dalam tempoh terdekat. Sepertimana yang telah kami syorkan sebelum ini (artikel semalam), harga telah membuat dasar pada harga $ 1,175.00. Biro Banci Amerika Syarikat dan Biro Analisis Ekonomi AS, melalui Jabatan Perdagangan, mengumumkan pada hari semalam bahawa defisit barangan dan perkhidmatan berjumlah $ 51.4 bilion pada bulan Mac, meningkat $ 15.5 bilion berbanding rekod $ 35.9 bilion pada bulan Februari. Ini telah menjadi data yang paling teruk untuk tempoh 6 tahun kebelakangan ini. Emas menggunakan peluang ini untuk bergerak ke arah tahap yang utama pada $ 1,200.00. Pada sesi dagangan semalam, emas telah berjaya menutup di atas 50Dsma. Hari ini semasa sesi dagangan Asia, emas menghadapi rintangan yang kuat pada tahap $ 1,195.50 20Dsma. Dagangan memihak kepada pesanan membeli di atas tahap $ 1,196.00 dengan sl diletakkan pada tahap $ 1,192.00, manakala sasaran terletak pada tahap $ 1,199.00, $ 1,206.00, dan juga pada tahap $ 1,208.00. Setiap jam 61.8FE kelihatan seolah-olah terletak pada tahap $ 1,200.00 dan ayuanan harga tinggi didapati berada pada tahap$ 1,206.90. Pada sebelah yang lebih tinggi, emas didagangkan lebih rendah dan berkemungkinan akan membuat "double top" pada harga $ 1,214.70. Aliran kenaikkan harga harus menembusi tahap $ 1,215.00 untuk melanjutkan pergerakkan menuju ke arah tahap $ 1,222.00, $ 1,224.00, $ 1,225.00, $ 1,234.00, dan $ 1,240.00 pada minggu-minggu yang akan datang. Ia adalah masih terlalu awal untuk menganalisis tahap $ 1,224.00 dan $ 1,240.00, kami akan mengemas kini kemudian. Mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah masih sah, tetapi ia tidak akan berlaku pada tahap yang lebih tinggi. Untuk sesi urusniaga harian, kami mencadangkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah tahap $ 1,190.00 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap $ 1,186.00, $ 1,183.00, $ 1,180.00, dan $ 1,177.00. Di bawah tahap $ 1,184.00, panik urusniaga harian akan dicetuskan dan $ 1,208.00 akan dipadamkan. Harga telah mengukuh selama 4 minggu di antara $ 1,175.00 dan $ 1,223.00. Akhirnya, ia menyatakan penembusan harga yang kurang memuaskan, membentuk "double bottom" di dalam carta empat jam dan menukar arah. Pola perdagangan semasa terbentuk di antara tahap harga $ 1,174.00 dan $ 1,200.00. Sehingga harga menutup di bawah $ 1,200.00, kebarangkalian untuk penembusan harga yang seterusnya pada bahagian yang lebih rendah adalah tinggi. Sokongan kuat mingguan didapati terletak pada $ 1,165.00.


Perdagangan: Ambil pesanan membeli di atas tahap $1,196.00, dan menjual di bawah tahap $1,190.00.

Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 06 Mei, 2015

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...