

Huraian:
Sejak analisis terakhir kami, emas telah berdagang dalam aliran menaik. Harga kelihatan telah menguji tahap $1,180.60 pada jumlah yang tinggi. Menurut carta harian, kami mendapati bahawa jumlah bekalan berada di atas purata bagaimanapun dengan tindakan harga yang melemah. Aliran jangka pendek adalah neutral. Berdasarkan kepada carta 4H pula, kita dapat melihat bekalan pada jumlah yang tinggi. Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami yang terletak pada harga $ 1,181.00 kini sedang diuji. Saya masih mengharapkan pergerakan menaik, oleh yang demikian, saya menasihatkan kepada para pedagang agar memberikan tumpuan kepada kedudukan membeli. Rintangan pertama berada di sekitar harga $ 1,200.00. Menurut tempoh masa 30 minit, masih berlangsung pembentukan "head and shoulders" (kenaikkan harga).
Titik Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1,195.00
R2: 1,197.40
R3: 1,201.90
Tahap Sokongan:
S1: 1,187.90
S2: 1,185.60
S3: 1,182.10
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar kebih berhati-hati semasa mengambil pesanan menjual pada tahap ini dan perhatikan peluang belian yang berpotensi (ambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah).