Pasangan mata wang ini berdagang lebih rendah selepas penutupan yang kuat pada sesi dagangan Jumaat. Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang ini telah jatuh dan ditutup di bawah semua purata pergerakkan setiap hari.
Pada April lalu, 200Dema dan 200Dsma telah memberikan sokongan yang cukup untuk pasangan sebanyak dua kali bagi membolehkan ia membuat tahap tinggi pada 92.36. Walau bagaimanapun pada bulan Mei, pasangan ini telah menembusi tahap yang sama sebanyak dua kali. Hari ini, pada sesi dagangan Asia, pasangan telah jatuh di bawah sokongan kenaikan harga terakhir yang terletak pada tahap 88.71 didagangkan pada harga 88.69. Menurut pada carta mingguan, pasangan telah jatuh di bawah 20 & 50 Wsma.Aliran kenaikkan harga mempunyai sokongan masing-masing pada tahap 88.18 dan 87.27. Dalam carta harian, kita dapat lihat pembentukan corak pembalikan "head and shoulders", "right hand shoulders" didapati berada pada tahap 87.27. Panik sebenar akan memulakan pergerakkan ke arah 86.10 100wsma, 85.56 100Wema dan ayunan rendah sebelum ini pada 84.00. Minggu baru telah bermula dalam aliran menurun yang telah dibuka pada 89.70. Corak dagangan mingguan dibingkaikan di antara tahap 87.27 dan 89.80.
Urusniaga harian: Pasangan mata wang kini sedang berdagang dibawah tahap sokongan 88.71, sokongan utama yang seterusnya kelihatan terletak pada tahap 88.50/88.45 161.8,4HFE. Kami memjangkakan bahawa pasangan mata wang ini akan menembusi tahap 88.20,88.00, dan 87.85. Kami mensyorkan pesanan menjual urusniaga harian hanya di bawah tahap 88.40 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 88.20 dan 88.00.
Rintangan: 89.20, 89.72, 89.80
Sokongan: 88.45, 88.20,87.85
