
Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi sebagaimana peserta pasaran kini sedang menunggu keputusan kadar faedah Bank England: BOE dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada rekod rendah semasa mereka sebanyak 0.5%. Pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh kemerosotan USD/JPY dan laporan jualan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian GBP/JPY kini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan selera risiko pelabur yang positif.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaiamanapun Stokastik kini berada dalam aliran menurun pada tahap terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 186 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 186.55. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 183. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 182.40. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 183.80.
Tahap Rintangan:
186
186.55
187.30
Tahap Sokongan:
183
182.40
181.75