Setelah menembusi tahap rendah 0.7531 pada 02.04, pasangan mata wang AUD/USD dilihat telah membentuk "double bottom" yang boleh menjadi isyarat pembalikan harga menolak kadar yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang. Walaupun dalam tempoh masa yang kecil, selepas harga menembusi di bawah aliran menaik itu, pasangan mata wang ini didapati berpotensi untuk membuat pembetulan harga yang lebih rendah.
Fibonacci digunakan untuk titik penembusan garisan aliran yang menyatakan tahap sokongan dan rintangan semasa serta sasaran penurunan harga yang berpotensi. Pada masa ini, pasangan mata wang AUD/USD telah ditolak pada tahap sokongan S1 dan ada terdapat kemungkinan bahawa pasangan ini akan kembali kepada salah satu daripada tahap rintangan, sama ada R1 atau R2 sebelum/jika harga bergerak ke tahap yang lebih rendah.
Pertimbangkan cadangan perdagangan untuk mengambil pesanan menjual pasangan AUD/USD sama semasa penarikan semula harga disekitar tahap rintangan R1 (0.7953) atau penembusan harga tahap rendah pada sokongan S1 (0.7903) mensasarkan ke arah 0% Fibonacci - S3 (0.7745) bahagian sokongan. Penembusan harga di atas R2 (0.8002) perlu membawa pasangan itu kembali berdagang ke tahap tinggi semasa, yang mana ia kelihatan seolah-olah mempunyai kebarangkalian yang rendah pada ketika ini.
Sokongan: 0.7903, 0.7843, 0.7745
Rintangan: 0.7953, 0.8002, 0.8161
