Pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang melanjutkan kerugian pada carta harian, sebagaimana kami mendapati bahawa terdapat pengukuhan harga di bawah SMA 200. Pasangan mata wang ini menuju ke arah bawah sehingga harga mencapai sokongan yang terletak pada tahap 1.5346 beberapa hari-hari yang akan datang. Penarikan semula harga, yang disebutkan dalam artikel baru-baru ini, telah menasihati kita tentang kemungkinan kesinambungan aliran penurunan harga untuk jangka masa sederhana.


Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5543 / 1.5745
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5346 / 1.5199
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5513 / 1.5597
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5443 / 1.5355
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5443, take profit di tahap 1.5355, dan stop loss pada tahap 1.5533.