
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY kini didagangkan di sekitar tahap 134.20 dan mencari peluang untuk menembusi sekurang-kurangnya ke arah tahap 133.00 sebelum membuat mana-mana penembusan harga yang bermakna. Mana-mana kenaikkan urusniaga harian daripada tahap harga semasa harus dihadkan di bawah tahap 136.00-50. Oleh yang demikian, adalah disyorkan untuk kekal menjual dengan risiko ditetapkan pada tahap 136.50 atau titik pulang modal. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 133.00 diikuti dengan tahap 131.00, 129.00, 128.00 dan di bawah, sementara rintangan dilihat terletak pada tahap 136.00-50 diikuti dengan tahap 137.00 dan lebih tinggi, masing-masing. Pasangan mata wang kini dilihat telah ditarik lebih rendah sekurang-kurangnya ke tahap 129.00-130.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 137.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!