Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USDX&USD/CAD untuk 25 Mei, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-05-25T04:52:21

Analisis Teknikal USDX&USD/CAD untuk 25 Mei, 2015

Indeks dolar menutup dengan keuntungan selepas mencatatkan kerugian untuk tempoh 5 minggu. Indeks dilihat telah berjaya menutup di atas 20wsma dan 100D & Ema. Ini adalah merupakan pembangunan kenaikkan harga yang besar sejak minggu lalu. Kami meramalkan pada 18 Mei, Indeks USDX dan pasangan berkaitan USD berkemungkinan akan mengubah arah aliran. Indeks USDX ditutup pada tahap 96.27 3.5% berbanding penutupan minggu sebelumnya. Rintangan yang paling hampir dilihat berada pada tahap 96.30 dan 96.50. Berdasarkan kepada carta empat jam, indeks menembusi arah menaik pada pembalikan "head and shoulders" yang mensasarkan ke tahap 97.50 pada mulanya. Rintangan pertengahan dilihat terletak pada 96.85 50Dsma.

Analisis Teknikal USDX&USD/CAD untuk 25 Mei, 2015

USD/CAD

Pasangan mata wang ini terus mencatatkan penurunan untuk tempoh 5 minggu dan memberikan penutupan menaik pada minggu lalu. Pasangan ini mendapat semula kekuatan dalam tempoh 2 minggu selepas merosot selama 4-minggu. Selepas mengukuh selama 2 minggu di antara tahap 1.1940 dan 1.1920, pasangan mata wang ini akhirnya berada di ambang penembusan kenaikkan harga. Pada 15 Mei lalu, kami telah memaklumkan bahawa tahap rendah berkemungkinan akan menembusi tahap 1.2300 dan 1.2350. Kini, pasangan itu mendapat 300 pips daripada tahap belian kita.

Pasangan mata wang ini kelihatan telah membentuk dasar pada tahap 1.2169 lebih tinggi ke arah tahap perubahan arah aliran utama. Rintangan paling hampir dilihat terletak di antara 1.2321 dan 1.2360 50Dsma 100Dsma. Sekiranya carta harian menutup di atas tahap 1.2360, maka aliran menaik akan mensasarkan ke tahap tinggi baru. Hari ini, pasangan ini telah memulakan sesi dagangan pada tahap yang tinggi. Sokongan mingguan didapati berada pada tahap 1.2169 dan 1.2100. Rintangan mingguan pula dilihat berada pada tahap 1.2400 20Dsma. Penutupan mingguan di atas tahap 1.2400, aliran menaik akan mensasarkan ke tahap 1.2650 dengan segera.

Urusniaga Harian: Rintangan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 1.2325 dan 1.2360. Manakala sokongan pula didapati masing-masing berada pada tahap 1.2278 dan 1.2240. Peluang belian boleh didapati di atas tahap 1.2325 seperti tahap 1.2350 dan 1.2400. Kepada para pedagang, anda diingatkan bahawa 1.2360 adalah merupakan tahap yang sukar. Peluang untuk pesanan menjual boleh didapati di bawah tahap 1.2250 yang mensasarkan ke arah tahap 1.2225, 1.2210 dan 1.2200. Tekanan jualan akan muncul di bawah tahap 1.2200 ke arah 1.2170 dan 1.2150.

Analisis Teknikal USDX&USD/CAD untuk 25 Mei, 2015

Untuk menghubungi pengarang analisis ini, sila hantarkan e-mel kepada - joseph.wind@analytics.instaforex.com

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...