Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Mei, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-05-26T01:41:10

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Mei, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 25 Mei, 2015

Huraian Fundamental: Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menaik. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen dolar yang positif, harga susu yang melemah, kemerosotan selera risiko pelabur dan spekulasi bahawa RBNZ akan mengurangkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang. Walau bagaimanapun kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh permintaan bagi mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD melemah dan perbezaan kepentingan pasangan NZD-USD.

Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun; stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual; purata pergerakkan 5 dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan: Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7370 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7395. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7230. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7195. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7280.

Tahap Rintangan: 0.7370 0.7395 0.7435

Tahap Sokongan: 0.7230 0.7195 0.7150

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...