
Rumusan Teknikal:
Kami melihat kenaikkan harga kecil gelombang lima daripada tahap rendah 133.07, yang memberitahu kita bahawa pembetulan harga pada gelombang (ii) kini telah berakhir dan gelombang (iii) yang lebih tinggi sekurang-kurangnya ke arah tahap 144.03 dan lebih cenderung ke tahap 150.77 sedang membangun. Untuk dagangan jangka pendek, kami mendapati bahawa sasaran pembetulan 61.8% ideal pada gelombang biru i di tahap 133.62 kini sedang melindungi aliran penurunan harga sekaligus membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di atas tahap rintangan kecil 134.11 dan yang lebih penting lagi adalah penembusan harga di atas tahap 134.52 yang akan mengesahkan gelombang (iii) lebih tinggi kini sedang membangun.
Selagi rintangan kecil pada tahap 134.18 melindungi aliran menaik, maka kita harus membenarkan pembetulan harga yang lebih dalam pada gelombang biru ii, walau bagaimanapun, penembusan harga di bawah 133.07 adalah tidak dibenarkan atau perkiraan ini akan menjadi tidak sah.
Cadangan Perdagangan:
Kami telah membeli EUR pada tahap 133.50 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 134.18 (salah satu pesanan akan membatalkan pesanan yang lain) dengan kedudukan Stop Loss terletak pada tahap 133.00.