Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Mei, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-05-28T01:42:04

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Mei, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 27 Mei, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang USD/CHF dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas hampir mencecah tahap tinggi bulanan yang terletak pada tahap 0.9540 pada pagi ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman Bank Negara Swiss untuk melaksanakan campur tangan dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF telah diganggu oleh permintaan franc sewaktu pasangan EUR/CHF melemah.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli. Purata pergerakkan lima hari kini berada di atas purata pergerakkan 15-hari dan semakin menaik.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.96 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9650. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9335 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9280. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.940.

Tahap Rintangan:

0.96 0.9650 0.97

Tahap Sokongan:

0.94 0.9335 0.93

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...