Seperti yang kita telah ramalkan, Indeks USDX kini dilihat sedang membuat pergerakkan pembetulan harga yang memihak kepada aliran menaik di dalam carta harian. Ia juga telah membentuk fraktal di sekitar tahap rintangan 98.08, yang mana ia memberikan petunjuk kepada kami tentang pengukuhan mendatar adalah berpotensi untuk tempoh beberapa hari. Kini, 200 SMA masih menaik dan indikator MACD sedang berada di wilayah positif.

Indeks USDX masih mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 96.90 di mana ia boleh membuat lantunan semula urusniaga harian sehingga mencecah ke tahap rintangan 97.60. Rintangan terletak di sekitar tahap tinggi mingguan. Buat masa ini, kita perlu menjangkakan pergerakkan pembetulan harga, bagaimanapun aliran menaik masih sah dan kita perlu mencari beberapa corak kenaikkan harga pada minggu hadapan untuk berdagang.

Tahap Rintangan Carta Harian: 98.08 / 98.64
Tahap Sokongan Carta Harian: 96.97 / 95.74
Tahap Rintangan Carta 1H: 97.16 / 97.60
Tahap Sokongan Carta 1H: 96.90 / 96.53
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 97.16, Take profit di tahap 97.60 dan stop loss pada tahap 96.70.