

Gambaran:
Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah berdagang dalam alrian menaik. Seperti yang telah kita ramalkan, harga dilihat telah menguji tahap 1.5411 padajumlah yang tinggi.Aliran jangka pendek adalah menaik. Menurut kepada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat permintaan pada jumlah yang tinggi dengan tindakan harga yang mengukuh. Berdasarkan kepada carta masa 1H, harga kelihatan telah menguji tahap 1.5400 dan kita dapat melihat tindakan harga yang melemah, yang mana ini adalah merupakan satu petanda pembetulan pembetulan harga yang berpotensi. Pesanan membeli kelihatan berisiko sebagaimana harga kini sedang berada di dalam aliran menaik dan kami mendapati bahawa terdapat aktiviti kenaikkan harga yang kuat sebelum ini. Walau bagaimanapun, perhatikan peluang belian yang berpotensi selepas pembetulan aliran menurun (membeli ketika urusniaga harga rendah). Rintangan utama terletak pada tahap 1.5400. Oleh yang demikian, perhatikan peluang belian yang berpotensi di atas tahap 1.5400. Jika harga berjaya menembusi tahap 1.5400 pada jumlah yang tinggi, maka tahap rintangan akan ditetapkan pada 1.5460 dan 1.5800.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5280
R2: 1.5350
R3: 1.5460
Tahap Sokongan:
S1: 1.5060
S2: 1.4990
S3: 1.4880
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menjual pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap ini sebagaimana kami mendapati bahawa terdapat aktiviti kenaikkan harga yang kuat (jumlah) pada sebelum ini dan penembusan garisan aliran bekalan.