Pasangan mata wang GBP/USD masih melemah pada carta harian, sebagaimana aliran penurunan harga masih mengukuh dan tidak terdapat corak yang menyatakan kemungkinan besar pemulihan harga terhadap aliran menurun. Buat masa ini, kami menjangkakan penembusan harga di zon sokongan yang terletak pada tahap 1.5199 untuk mencapai sasaran seterusnya pada tahap 1.5090.

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang ini kelihatan sedang membentuk satu lagi corak harga rendah yang lebih rendah. Kami meramalkan bahawa harga akan menembusi tahap 1.5158 bagi membolehkan ia bergerak ke arah bawah sehingga mencapai pada tahap rendah 1.5084. Walau bagaimanapun, terdapat kebarangkalian bahawa pasangan mata wang GBP/USD ini akan membuat lantunan semula harga pada tahap semasa dan melantun ke tahap rintangan pada 1.5259. Sekiranya harga menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan meningkat sehingga mencecah pada tahap 1.5358, di mana 200 SMA terletak.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5346 / 1.5543
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5199 / 1.5090
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5259 / 1.5358
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5158 / 1.5084
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5158, take profit di tahap 1.5084, dan stop loss pada tahap 1.5235.