Indeks Dollar AS telah ditarik semula selepas pergerakkan impulsif 93.10-97.80. Penembusan harga semalam telah membatalkan senario kenaikan harga jangka pendek pada tahap tinggi jangka pendek baru sebagaimana sokongan yang terletak pada tahap 96.70 kini telah ditembusi. Pembetulan harga yang lebih mendalam telah berlaku dan saya menjangkakan pembalikan harga daripada penarikan semula 61.8%.

Indeks Dolar AS telah meningkat dengan impulsif serta membuat penarikan semula pembetulan gelombang tiga ke arah penarikan semula 50%. Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan untuk melihat penarikan semula harga yang lebih dalam ke arah penarikan semula 61.8%.

Berdasarkan kepada carta harian, Indeks Dolar AS ini telah ditolak pada Ichimoku cloud, bagaimanapun mempunyai sokongan pada tahap harga Kijun sen. Pembalikan kenaikkan harga dari tahap harga semasa akan menjadi isyarat kenaikkan harga ekstrem. Tahap tinggi baru di atas 97.80 juga akan menjadi isyarat kenaikkan harga. Saya kekal memihak kepada kenaikkan harga untuk dagangan jangka masa panjang selagi harga berdagang di atas tahap 93.10.