
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY telah menembusi rintangan Fibonacci 0.618 di sekitar tahap 141.00 seperti yang dapat anda perhatikan pada carta harian. Pasangan mata wang ini berkemungkinan telah membentuk tahap tinggi ketara dan ingin menyambung semula ayunan menurun di bawah tahap 126.00. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa graf bar lilin corak penurunan harga yang berpotensi (tweezer top) juga telah ditubuhkan, yang menunjukkan perubahan dalam arah aliranya. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dengan risiko ditetapkan di atas tahap 141.50. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 139.00 (interim), diikuti masing-masing dengan tahap 138.00, 136.00, 134.00, dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap 141.00 dan diikuti masing-masing oleh tahap 142.00 dan lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 141.50 dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!