
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan berikutan kejatuhan mata wang USD (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 95.26 berbanding 96.40 awal Isnin) selepas laporan berita memetik kenyataan Presiden Barack Obama mengenai kebimbangan beliau mengenai pengukuhan mata wang dolar adalah merupakan satu masalah, mencetuskan pembubaran pesanan membeli USD, meskipun White House dan Presiden Obama sendiri menafikan mengenai laporan tersebut. Perdagangan untuk pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (2 tahun susut 3.7 mata asas kepada 0.684% Isnin), eksport Jepun, dan aliran 'safe haven' JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX meningkat 7.6% kepada 15.29, S&P 500 ditutup 0.65 % lebih rendah pada 2,079.28 semalam). Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga sedang diganggu oleh kesan berpanjangan pada laporan ekonomi gaji bukan perladangan AS pada bulan Mei yang mencatatkan peningkatan seperti yang telah dilaporkan pada hari Jumaat, permintaan daripada pengimport Jepun, dan dasar monetari ultra-longgar oleh Bank Jepun.
Komen Teknikal: Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, bagaimanapun Stokastik kini telah beralih kepada penurunan harga pada tahap terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 123.75. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 123.40. Titik pangsi kekal berada pada tahap 124.85. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 125.15 dan sasaran kedua pada tahap 125.35.
Tahap Rintangan: 125.15 125.35 125.95
Tahap Sokongan: 123.75 123.40 122.90