
Pasangan mata wang USD/JPY diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah dua minggu 122.46 semalam. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh sentimen kenaikkan harga bagi mata wang Yen selepas ucapan Gabenor Bank of Japan, Kuroda. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh laporan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini didorong oleh kenaikan kadar hasil Perbendaharaan AS (10 tahun meningkat 6.8 mata asas kepada 2.485% Rabu), sentimen risiko pelabur yang positif (tolok ketakutan VIX susut 8.64% kepada 13.22; S&P 500 ditutup naik 1.2% kepada 2,105.2 semalam), laporan yang memaklumkan bahawa Greece dan pemiutangnya kini menghampiri kompromi bailout, permintaan daripada pengimport Jepun, dan dasar monetari ultra-longgar oleh Bank Jepun.
Komen Teknikal: Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana Stokastik kini sedang jatuh daripada tahap terlebih beli, MACD kelihatan telah menembusi aliran penurunan harga berbanding purata pergerakkan eksponen.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 122.90. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 122.45. Titik pangsi kekal berada pada tahap 124.10. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 124.65 dan sasaran kedua pada tahap 124.95.
Tahap Rintangan: 124.65 124.95 125.35
Tahap Sokongan: 122.90 122.45 122