EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam pasaran menaik - EMA 11 berada di atas EMA 56 dan Julat%Williams 20 kini sedang menuju ke kawasan terlebih beli sekarang. Ini menunjukkan Pola Pengesahan Kenaikkan Harga di dalam carta dan harga berpotensi untuk pergi jauh lebih tinggi.

USD/CHF: Pedagang dinasihatkan untuk keluar dari pasaran ini sehingga terdapat pergerakan arah aliran harga yang jelas. Penembusan harga di atas tahap rintangan 0.9400 akan menghasilkan isyarat membeli; sementara penembusan harga di bawah tahap sokongan 0.9250 akan meningkatkan kecenderungan penurunan harga baru-baru ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini masih didagangkan dalam mod menaik dan terdapat kemungkinan bahawa harga akan pergi jauh lebih tinggi. Apabila wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5550 ini ditembusi untuk kenaikkan harga. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga akan terletak pada wilayah pengedaran seterusnya 1.5600. Beberapa data ekonomi dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini. Laporan ekonomi pada hari ini berpotensi untuk mempengaruhi pasaran.

USD/JPY: Terdapat isyarat menjual yang jelas pada carta USD/JPY sekarang, sebagaimana harga bergerak di bawah tahap bekalan 123.00. Sasaran penurunan harga yang seterusnya terletak pada tahap permintaan 122.00 dan 121.50, yang mana ia akan ditembusi kerana tekanan jualan semakin kuat di pasaran. Harapan ini akan kekal rasional selagi tahap bekalan 125.00 ini tidak ditembusi untuk aliran kenaikkan harga.

EUR/JPY: Tindakan harga semasa pada pasangan mata wang ini telah menimbulkan beberapa ancaman kepada unjuran menaik dominan sekarang, bagaimanapun gambaran akan kekal bertahan selagi harga berdagang di atas zon permintaan pada tahap 137.50. Pada masa ini, pasaran sedang mengukuh dan didapati terdapat kebarangkalian penembusan harag pada hari ini atau minggu hadapan.
