Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 15 Jun, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-06-16T02:10:05

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 15 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 15 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan berikutan permintaan mata wang franc sewaktu dagangan berbanding mata wang utama di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keingkaran Greek. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF telah diganggu oleh sentimen dolar yang positif, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman Bank Negara Swiss untuk melaksanakan campur tangan dalam penjualan mata wang CHF.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun Stokastik kini telah beralih kepada aliran menaik pada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9420 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9475. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9230 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9170. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9290.

Tahap Rintangan: 0.9420 0.9475 0.9525

Tahap Sokongan: 0.9230 0.9170 0.9115

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...