Indeks USDX masih berurusan dengan tahap sokongan 94.66, kerana Indeks mahu melakukan lantunan semula harga pada tahap harga semasa bagi membolehkan kenaikkan harga keseluruhan dalam dagangan jangka masa sederhana dan panjang. Selain itu, SMA 200 SMA kelihatan masih berdagang dalam kenaikan harga yang rendah, oleh yang demikian gambaran perdagangan untuk Indeks USDX masih memihak kepada aliran menaik. Walau bagaimanapun, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan kemungkinan penembusan harga pada tahap 94.66.

Berdasarkan kepada carta 1H, Indeks USDX kini sedang menunjukkan struktur mendatar di bawah tahap rintangan 95.15. Ini boleh menjadi isyarat kekuatan dalam kecenderungan penurunan harga jangka pendek, tetapi kita harus melihat pengesahan pertama, yang mana ia akan menjadi penembusan harga pada tahap sokongan 94.63, untuk mencari tahap rendah baru di bawah zon sekitar tahap 94.33.

Tahap Rintangan Carta Harian: 95.74 / 96.97
Tahap Sokongan Carta Harian: 94.66 / 93.75
Tahap Rintangan Carta 1H: 95.15 / 95.71
Tahap Sokongan Carta 1H: 94.63 / 94.33
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 94.63, take profit di tahap 94.33, dan stop loss pada tahap 94.93.