Huraian Umum untuk 17/06/2015 08:50 CET
Pasaran telah mengesahkan bahawa pembentukan segitiga masih berlangsung dan sub-gelombang e hijau terakhir diperlukan untuk melengkapkan corak. Pasaran bagi pasangan mata wang ini telah didagangkan di sekitar pangsi mingguan pada tahap 1.2326 untuk tempoh sepanjang minggu di bawah syarat-syarat perdagangan yang agak tidak menentu (khas untuk corak segi tiga). Oleh yang demikian, ia kelihatan seolah-olah seperti pasaran kini sedang menunggu laporan mesyuarat FOMC pada hari ini untuk meneruskan perkembangan impulsif menurun. Adalah diingatkan bahawa hanya penembusan harga yang berterusan pada tahap 1.2434 akan membatalkan gambaran.
Sokongan/Rintangan:
1.2434 - Garisan Ketidaksahihan Perkiraan Impulsif Hijau
1.2344 - Rintangan Urusniaga Harian
1.2326 - Pangsi Mingguan
1.2267 - Sokongan Urusniaga Harian
1.2200 - Sokongan Teknikal
Cadangan Perdagangan:
Daytraders harus mempertimbangkan cadangan untuk mengambil pesanan menjual daripada tahap 1.2344 dengan SL terletak di atas tahap 1.2365 dan TP pada tahap 1.2267 dengan kebarangkalian kesinambungan aliran penurunan harga ke arah tahap 1.2200.
