Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 29 Jun, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-06-22T00:54:52

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 29 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 29 Jun, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh data pertumbuhan KDNK New Zealand Q1 yang lebih rendah berbanding ramalan, pendirian dasar kewangan Bank Rizab New Zealand yang "dovish", sentimen USD yang bertambah baik, kejatuhan harga tenusu, dan penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD terapung. Walau bagaimanapun, kelemahan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan oleh sentimen risiko pelabur yang positif dan pelarasan kedudukan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan masih berkencenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual. Purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.68. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.6820. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6955. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.6995 dan sasaran kedua pada tahap 0.7030.

Tahap Rintangan: 0.6995 0.7030 0.7080

Tahap Sokongan: 0.6850 0.6820 0.68

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...