Berdasarkan kepada carta harian, Indeks USDX kini kelihatan sedang mencari bahagian dasar di sekitar tahap 93.75. Zon ini akan menjadi salah satu bahagian utama untuk pembangunan aliran harga semasa pada minggu ini, sebagaimana Indeks kini sedang cuba untuk berdagang dalam kecenderungan kenaikkan harga keseluruhan sekali lagi, kerana harga kini didagangkan di atas SMA 200 pada carta masa ini. Juga, masih belum terdapat sebarang isyarat pecutan penurunan harga serta-merta.

Struktur urusniaga harian semasa masih menunjukkan aliran penurunan harga, sebagaimana Indeks USDX kini sedang berdagang di bawah SMA 200 di dalam carta 1H dan indikator MACD masih berada di zon negatif. Semasa sesi dagangan lalu, USDX mempunyai rintangan yang kuat pada tahap 94.33. Sekiranya Indeks USDX berjaya menembusi pada tahap 93.88, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh sehingga mencecah pada zon harga berhampiran pada tahap 93.53.

Tahap Rintangan Carta Harian: 94.66 / 95.74
Tahap Sokongan Carta Harian: 93.75 / 93.14
Tahap Rintangan Carta 1H: 94.33 / 94.63
Tahap Sokongan Carta 1H: 93.88 / 93.53
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 93.88, take profit di tahap 93.53, dan stop loss pada tahap 94.24.