

Gambaran Keseluruhan:
Baru-baru ini, pasangan mata wang EUR/NZD telah didagangkan dalam aliran menurun. Seperti yang telah kita jangka, harga dilihat telah menguji tahap 1.6241 pada jumlah yang tinggi tetapi dengan tindakan harga yang melemah. Berdasarkan kepada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat bar neutral (Doji), yang mana ia adalah merupakan isyarat pasaran mendatar. Julat dagangan kukuh yang terletak di antara tahap 1.6515 dan 1.6350 (sokongan) telah ditembusi namun dengan tindakan harga yang sangat lemah. Aliran dagangan jangka pendek adalah neutral, bagaimanapun aliran dagangan jangka pertengahan adalah menaik. Menurut kepada carta 1H, kita boleh melihat bar penurunan harga pada jumlah ultra(klimaks menjual) tetapi dengan tindakan harga yang sangat lemah, yang mana ini adalah merupakan petanda bahawa kita boleh menjangkakan kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, saya menunggu aktiviti harga yang lebih besar di pasaran dan tindakan harga yang lebih kukuh untuk mengesahkan arah aliran harga yang selanjutnya.
Titik Pangsi Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1.6460
R2: 1.6520
R3: 1.6610
Tahap Sokongan:
S1: 1.6275
S2: 1.6215
S3: 1.6123
Cadangan Perdagangan: Kelihatan terdapat klimaks jualan berdasarkan pada carta masa 1H. Pesanan menjual kelihatan sangat berisiko sebagaimana bekalan melemah disekitar tahap 1.6255.