Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Jun, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-06-25T00:49:09

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 24 Jun, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah tahap rendah hampir lima tahun 0.6813 pada hari Selasa sekiranya harga tahap 0.6874 ini berjaya ditembusi. Pasangan mata wang NZD/USD terjejas berikutan sentimen dolar yang meningkat, dasar kewangan Bank Rizab New Zealand yang "dovish", kejatuhan harga susu, dan penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh permintaan mata wang Dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY ini mengukuh di tengah-tengah penghindaran risiko, sewaktu pasangan EUR/NZD dan GBP/NZD, dan pengukuhan pasangan mata wang NZD/CHF.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual. Purata pergerakkan lima dan 15-hari kini semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6830. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.68. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.6875. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.69 dan sasaran kedua pada tahap 0.6930.

Tahap Rintangan: 0.69 0.6930 0.6970

Tahap Sokongan: 0.6830 0.68 0.6770

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...