Indek dolar AS terus menunjukkan tanda-tanda pengukuhan tetapi tidak berjaya untuk menembusi atas 50% anjakkan pada penurunan daripada 97.80.Pergerakkan jangka masa pendek sedang menaik.Sokongan penting jangka masa panjang dijumpai pada 93.55.Jika berlaku penembusan bawah tahap ini,kita akan menjangkakan penolakkan ke arah 92.50 sekurang-kurangnya jika tidak pun ke arah 90 dimana 50% anjakkan pada pergerakkan menaik yang besar dijumpai.

Indek dolar AS sedang berada diatas rintangan cloud dan ini merupakan tanda-tanda kenaikkan jangka masa pendek.Rintangan dijumpai pada 95.70 dimana 50% anjakkan dijumpai.Jika ianya ditembusi,kita akan menjangkakan pergerakkan ke arah 61.8% anjakkan sekurang-kurangnya pada 96.15.

Carta mingguan kekal disokong oleh kijun-sen.Tahap 93.55 merupakan tahap sokongan yang penting manakala graf mingguan ditutup atas 95.10 boleh memberikan maksud bahawa pengukuhan yang lebih terhadap minggu yang akan datang.Penarikkan balik sasaran adalah 50% anjakkan dan tahap harga pada 90.Sasaran ini akan dicapai jika kita menembusi bawah 93.10-93.50 sokongan.