Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Jun, 2015

parent
Analisis Forex:::2015-06-29T01:14:10

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga selepas mencecah tahap tinggi dua minggu 0.9416 pada hari Khamis. Pasangan mata wang ini telah disokong oleh kenytaan Pengerusi Bank Negara Swiss, Thomas Jordan yang memaklumkan bahawa franc Switzerland kekal "terlebih nilai ketara". Pasangan mata wang USD/CHF ini juga disokong oleh penjualan mata wang franc sewaktu pasangan EUR/CHF terapung, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah diganggu oleh pelarasan jawatan menjelang hujung minggu.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari kini meningkat di atas purata pergerakkan 15-hari.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9415 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9460. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9280 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9250. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9305.

Tahap Rintangan: 0.9415 0.9460 0.95

Tahap Sokongan: 0.9280 0.9250 0.92

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...